Sunday, 2 October 2011
Real vs Fake
Nampak cntik kan??? itula fungsi kamera dan editor..kalo dilihat secara real life mmg sgt2 la semak je sbnrnya.horror lagi..jd melalui kamera, kita boleh tukarkan benda yang semak dan buruk menjadi cntik. Jadi, adakah ini bermakna, wajah buruk juga boleh menjadi cntik melalui kamera.?? hehehehe....sbnrnya, semua manusia adalah cntik..dan yg lebih cntik tu jgn perasan diri sgt cntik melebihi org lain sbb sesungguhnya masih ramai yg jauh lebih cntik dari kamu..bersyukurla dgn apa yg dikurniakan oleh Allah swt dan elakkan sifat riak dalam diri..riak adalah perangai syaitan...
Nota kaki: Kejelitaan adalah hak milik setiap insan ~ (hape yg haku mngarut ni sbenarnya..haish)
Friday, 16 September 2011
WiNTeR SoNaTa ~ AniME VerSIoN!!!
HAHAHA..It's coming again but in another VERSION!! :D...
WINTER SONATA!!
Believe or not..i never finished watching this series before..i mean the real life action one..hehe
Series anime ni dah ada kat channel animax, cuma tak tahu hari apa, dan jam berapa...
kalau tak silap, suara dalam anime ni kebanyakkannya dari pelakon2 asal cerita ni...
apa2 pun, jum kita tgk dulu muka2 pelakon ni bila ditukar ke bentuk kartun..ehehehe
nota kaki: hero versi kartun lagi kachak..hohohoho
Thursday, 15 September 2011
LoVe, Nora
Ada sesiapa yang tengok cerita ni? Ada tertengok cerita ni kat astro hari tu..cerita yang agak santai, ringan, ada juga part romantik dan juga sedih (sobs2). Faktor utama yang menarik minat untuk terus tengok cerita ni ialah sbb tempat casting dia sgt cantik..kalau tak silap, kat Italy..sgt2 cantik..bukan setakat permandangannya, reka bentuk bangunan2 kat sana pun sgt menarik hati..i wish i'll be there one day..huhu..
Oh, lupa pulak nk bgthu sedikit sinopsis citer ni..
Secara ringkasnya, cerita ni tentang seorang jejaka Italy dengan gadis Malaysia, Nora (yasmin hani). Malangnya jodoh tak lama dan Raul berseorangan kat Malaysia. Raul dah macam patah semangatlah sehingga dia terima emel daripada "isterinya" yang bagi sokongan pada dia untuk teruskan hidup dengan bantuan kawannya Shila (yana samsudin) dan keluarga.
Tula lebih kurang sinopsis dia.Tapi aku lebih suka tgk si Raul ni dgn Shila sbb Shila ni mcm comel2 dan banyak berkorban untuk membantu Raul juga lepas kematian Nora. Apa pun, thumbs up untuk salah satu lagu yang digunakan untuk cerita ni, mcm kena je.. kalo tak percaya, tgk video di bawah (^^,)v
Nota Kaki: Hensemnya si Raul tu...lalalalala
Tuesday, 13 September 2011
KESAN BERPEGANG KEPADA PENDAPAT BAHAWA DUIT KERTAS ITU HARAM
Ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.
Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.
Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.
Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).
Sama juga dengan isu perbankan Islam. KALAU BERPEGANG DENGAN PENDAPAT YANG MENYATAKAN MODEL SEMASA PERBANKAN ISLAM INI HARAM, MAKA HARAM LAH MEREKA YANG BERPEGANG DENGAN PENDAPAT TERSEBUT. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

Nota kaki: Pilihan di tangan kita semua. TEPUK DADA, TANYA HATI…..(kalo tak silap, ASB juga ada dua pendapat)
Source: Pak Di.net
PENDAPAT 2: DUIT KERTAS ADALAH HARUS
Terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama tentang apakah itu matawang? Adakah hanya emas dan perak sahaja boleh jadi matawang?
Ulama yang menyatakan hanya emas dan perak sahaja adalah matawang adalah Imam Abu Hanifah dan anak muridnya Imam Abu Yusuf, ulama mazhab Maliki seperti Ibn Nafi‘, al-Adawi dan Shaykh ‘Alish, ulama dari Mazhab Shafi’i seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam Suyuti dan Imam Maqrizi, sebahagian ulama
Mazhab Hanbali dan juga pandangan dari golongan tabi’in seperti Imam Mujahid dan Imam Nakha’i. Ulama semasa yang menyokong pendapat ini adalah Shaykh Ahmad al-Khatib, Shaykh ‘Abd al- Rahman al-Sa‘di, Ibn Badran, Ahmad al-Husayni, Shaykh al-Muti‘I, Shaykh Muhammad Amin al-Shanqiti, Taqi al-Din al-Nabhani, Muhammad Baqir al- Sadr, Muhammad Makhluf, Hassan Ayyub dan Nasir Farid Wasil.
Dua-dua kumpulan ulama’ ini mempunyai sandaran Syariah masing-masing. Antaranya, hujah yang menyatakan zaman Nabi saw hanya ada dinar dan dirham. Namun pada masa yang sama, kaedah fiqh menyatakan selagi mana tidak ada dalil yang mengharam sesuatu perkara, maka ia adalah perkara yang boleh dibuat. Justeru, tidak ada larangan khusus yang menyatakan matawang selain emas dan perak adalah haram.
Ini disebut perbezaan pendapat (khilaf) , dan Nabi saw menerusi hadisnya yang shahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim menyebut:
Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman lalu berijtihad dan betul ijtihadnya nescaya mendapat dua pahala, apabila salah ijtihadnya mendapat satu pahala.
Dalam mendepani situasi banyak pendapat dalam perkara ijtihad ini, Imam Suyuti dalam bukunya al-Ashbah wa an-Nazair menyebut:
JANGAN DIBANTAH HUKUM YANG BERLAKU KHILAF DI KALANGAN ULAMA’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.
Islam ini TETAP PADA PRINSIPNYA SEPERTI PENGHARAMAN RIBA. Ulama sepakat menyatakan dalam matawang ada riba berlaku, justeru ada syarat yang mesti kita patuhi. Mereka cuma tidak sepakat, adakah matawang mesti terhad emas dan perak sahaja?
Maka, dalam mendepani hal ini kita mesti berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang berlaku ini dan PEMERINTAH ADA KUASA UNTUK MENGAMBIL MANA-MANA PENDAPAT YANG ADA.
Memetik kata-kata Ibn Uthaymin, ‘MAZHAB ORANG AWAM ADALAH MAZHAB
PEMERINTAHNYA.’ Maka, dalam hal ini keputusan Majma’ Fiqh Sedunia yang menerima pendapat ulama dalam ISU MATAWANG TIDAK TERHAD EMAS DAN PERAK telah diguna pakai secara meluas oleh semua negara umat Islam, maka wajiblah kita selaku orang awam mengikut ketetapan ini.
Keputusan Majma’ Fiqh pada 1986 ini juga telah diguna pakai oleh Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2000 dan AAOIFI kini merupakan rujukan fatwa utama dalam urusan muamalat Islam hari ini.
Maka ulama semasa memastikan semua urusan matawang kertas juga tidak berlaku riba, sama ada riba berkait pinjaman dan hutang atau riba berkaitan pertukaran barang ribawi seperti yang berlaku dalam forex, pelaburan emas dan trade-in emas misalnya.
Malah, ULAMA SEMASA JUGA TIDAK MEMBANGKANG USAHA UNTUK MENGEMBALIKAN FUNGSI EMAS DAN PERAK DALAM MATAWANG, asalkan mekanismanya adalah bebas riba.
Apa yang diputuskan oleh Majma’ Fiqh dalam hal ini bukanlah satu ketetapan yang dibuat tanpa sebarang sandaran Syariah. Isu ini dibincangkan oleh ulama kita dari dahulu sampai ke hari ini.
Maka dengan ini kita bersetuju segala urusan matawang (termasuk matawang kertas) perlu ikut cara yang ditetapkan dalam Syariah untuk memastikan bebas dari riba.
Wallahu’alam.
Source: Pak Di.net
PENDAPAT 1: DUIT KERTAS ADALAH HARAM
Salah satu pendapat yang diutarakan tentang hukum penggunaan wang kertas.
Matawang kertas TETAP mempunyai riba, walau mcm mana alasan sekalipun. Duit kertas yang dicetak sebenarnya adalah dipinjamkan kepada orang ramai dengan BUNGA (lending money on interest). Inilah prinsip duit kertas yang ramai tidak mengetahui atau tidak peduli.
Kalau pun duit kertas tidak mempunyai riba, ianya masih juga TIDAK SAH.
Memang wang digunakan sebagai pengukur harga dan sebagai medium yang lebih efisyen,
tetapi wang atau duit sunnah yang sebenarnya mesti mempunyai kesemua ciri-ciri berikut:
1. Barangan/benda yang dijadikan wang hendaklah mempunyai NILAI
2. Nilainya terdapat pada benda itu sendiri (INTRINSIC VALUE)
3. Mempunya jangka hayat yang panjang (shelf-life)
Dalam pelbagai hadis-hadis, komoditi yang dijadikan wang adalah:
1. Emas
2. Perak
3. Makanan asasi seperti kurma, gandum dan sebagainya.
Tidak pernah dalam hadis-hadis ada disebutkan mengenai dengan menggunakan WANG KERTAS.
Kenapa? Sebab wang kertas tiada mempunyai NILAI DALAMNYA (intrinsic value)
Secara logiknya, untuk mengukur harga sesuatu, benda pengukur tersebut mestilah sesuatu yang bernilai.
Satu lagi, bank Islam atau bank konvensional, TETAP HARAM.
Bahkan bank Islam lebih teruk lagi sebab ia menghalalkan apa yang haram.
Sementara bank konvensional mempraktikkan riba secara terbuka, bank Islam mengamalkan riba ‘dari pintu belakang’.
Walau namanya berlainan dan berbunyi Islamik, tetapi prinsipnya tetap mengandungi riba.
Sedarlah, wang kertas bukan termasuk dalam syariat Islam, ini semua ciptaan musuh-musuh Islam di akhir zaman ini.

Penerangan di atas adalah berdasarkan sheikh tersebut dan kalau ada kesilapan pada penjelasannya mohon maaf tetapi yang pasti duit kertas memang haram dan perbankan Islam tiada beza dengan perbankan konvensional.
Source: Pak Di.net
Subscribe to:
Posts (Atom)