Thursday 20 October 2011

Liku-liku Perjalanan Per'konvo'anku (Part 1)

Selasa: 11/10/2011
~ balik je dari kerja, tergopoh gapah kemas baju semua n then bertolak ke KUANTAN bersama2 adik tersayang. Tido rumah abang sblm bertolak ke upm keesokkan harinya.

Rabu: 12/10/2011
~ Jam 4 am: Bermulalah pengembaraan ke UPM. Ambik abang satu lagi n ikut dia pegi parking kereta dia dkt stesen bas KUANTAN. sbb?? dia ditugaskan sebagai peneman kami adik beradik dalam perjalanan ke UPM. ~Jalan sgt la berkabus kat LPT~ huhu
~Around 6 am: Berhenti solat subuh kat genting sempah. Tukar baju semua kat ctu, penuhkan tank kereta sblm bergerak semula menuju ke destinasi.
~ Jam 8.30 am: Sampai kat UPM. Macam still awal utk taklimat. Abng n adik tinggalkan i kat dewan n dorg merayap2 ntah ke mana....
~After taklimat, hantar abang ke pudu...dan bermulalah perjalanan ke SHAH ALAM..g umah sewa cousin kat sana untuk tumpang bermalam :))

 
>> kazen: ika & my sis: mira<<

~ dia ni tinggal kat seksyen 7 sham alam..student mass com kat uitm..gila2 ckit orgnya..(byk kot gilanya)..umah dia dekat je dgn jusco...yang menariknya, umah dia ada bela anak landak : namanya landoo:: sgt2 la pemalu budak landoo ni..asik bergulung je keje dia..ish2

>>saya memegang landoo yang pemalu :P<<

>>Landoo terlupa dgn ke'malu'an dia :P<<

~Yang tak bape best, kazen ni ada kelas..jd taleh nk ajak berfoya2 sgt...malam tu just berdua g jusco, n kakak kazen ni (kazen i la juga), tepon suh kazen bwk kitorg g umah dia..lagi selesa katanya..tp kazen i ckp akan bawa keesokkan harinya..nak suruh jugak kitorg tido umah dia sehari..hehehe :D
~Mlm tu kitorg selamber je tido atas katil dia..(sekali sekala jer ika, len kali kitorg buat lagi) hihihi..tenkiu bg tumpang :D


Nota kaki: utk aktiviti keesokkan harinya...kita smbung di part 2 :D

Wednesday 5 October 2011

Mo-T-vA-C

i just realized that i lost a lot of motivation to do...everything..lately...i felt like so tired with my job..getting bored with it..i don't want to move job but at the same time, i wake up every morning with the feeling "not wanting to go to work"..there is something else rather than payment causes me to feel like this..i don't expect to get a raise: i don't expect to get a promotion..i need "it" but i am, myself, don't know what is "it" actually...pretend to be happy doing my job is the most tired things that i have done now..


foot note: please help me..i am dying right now =.=

~Heartstrings~




Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band "The Stupid." Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won's grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather's expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of "The Stupid", she was forced to go to the band's concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.
note: walopun tak se"best" you're beautiful, but still best jgak! ehehe

~PROMISE~

Promise..
he promise me
to take me out
from this stressful world
but
still
until now
i am waiting
waiting
&
waiting
he was just like forgotten what he had promised
to me
i hope
he knows
i really need his help
to make my life
brighter 
again

note: to who you know you are...help me :'(

Tuesday 4 October 2011

Aku terhantuk Juliana Evans sebab mak aku suruh (O.O")

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku bogel dengan
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk kuat2 dekat
... Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi lombong dengan
September - Aku lempang dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku sepak


ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Penagih dadah
2 - Komputer aku
3 - Cikgu
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Nicole David
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Juliana Evans
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat




nota kaki: seram pulak i main hantuk2 hantu bonceng ituh :D

Jom Kenali Wanita





a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah





nota kaki: saya adalah wanita berangin sepoi2 bahasa :P

Sunday 2 October 2011

Damn funny!! (^^,)v

Real vs Fake


Nampak cntik kan??? itula fungsi kamera dan editor..kalo dilihat secara real life mmg sgt2 la semak je sbnrnya.horror lagi..jd melalui kamera, kita boleh tukarkan benda yang semak dan buruk menjadi cntik. Jadi, adakah ini bermakna, wajah buruk juga boleh menjadi cntik melalui kamera.?? hehehehe....sbnrnya, semua manusia adalah cntik..dan yg lebih cntik tu jgn perasan diri sgt cntik melebihi org lain sbb sesungguhnya masih ramai yg jauh lebih cntik dari kamu..bersyukurla dgn apa yg dikurniakan oleh Allah swt dan elakkan sifat riak dalam diri..riak adalah perangai syaitan...

Nota kaki: Kejelitaan adalah hak milik setiap insan ~ (hape yg haku mngarut ni sbenarnya..haish)

Friday 16 September 2011

WiNTeR SoNaTa ~ AniME VerSIoN!!!




HAHAHA..It's coming again but in another VERSION!! :D...
WINTER SONATA!!
Believe or not..i never finished watching this series before..i mean the real life action one..hehe

Series anime ni dah ada kat channel animax, cuma tak tahu hari apa, dan jam berapa...
kalau tak silap, suara dalam anime ni kebanyakkannya dari pelakon2 asal cerita ni...
apa2 pun, jum kita tgk dulu muka2 pelakon ni bila ditukar ke bentuk kartun..ehehehe





nota kaki: hero versi kartun lagi kachak..hohohoho

Thursday 15 September 2011

LoVe, Nora


Ada sesiapa yang tengok cerita ni? Ada tertengok cerita ni kat astro hari tu..cerita yang agak santai, ringan, ada juga part romantik dan juga sedih (sobs2). Faktor utama yang menarik minat untuk terus tengok cerita ni ialah sbb tempat casting dia sgt cantik..kalau tak silap, kat Italy..sgt2 cantik..bukan setakat permandangannya, reka bentuk bangunan2 kat  sana pun sgt menarik hati..i wish i'll be there one day..huhu..

Oh, lupa pulak nk bgthu sedikit sinopsis citer ni..
Secara ringkasnya, cerita ni tentang seorang jejaka Italy dengan gadis Malaysia, Nora (yasmin hani). Malangnya jodoh tak lama dan Raul berseorangan kat Malaysia. Raul dah macam patah semangatlah sehingga dia terima emel daripada "isterinya" yang bagi sokongan pada dia untuk teruskan hidup dengan bantuan kawannya Shila (yana samsudin) dan keluarga.

Tula lebih kurang sinopsis dia.Tapi aku lebih suka tgk si Raul ni dgn Shila sbb Shila ni mcm comel2 dan banyak berkorban untuk membantu Raul juga lepas kematian Nora. Apa pun, thumbs up untuk salah satu lagu yang digunakan untuk cerita ni, mcm kena je.. kalo tak percaya, tgk video di bawah (^^,)v



Nota Kaki: Hensemnya si Raul tu...lalalalala

Tuesday 13 September 2011

KESAN BERPEGANG KEPADA PENDAPAT BAHAWA DUIT KERTAS ITU HARAM

Ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.

Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.

Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.

Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).

Sama juga dengan isu perbankan Islam. KALAU BERPEGANG DENGAN PENDAPAT YANG MENYATAKAN MODEL SEMASA PERBANKAN ISLAM INI HARAM, MAKA HARAM LAH MEREKA YANG BERPEGANG DENGAN PENDAPAT TERSEBUT. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

Nota kaki: Pilihan di tangan kita semua. TEPUK DADA, TANYA HATI…..(kalo tak silap, ASB juga ada dua pendapat)

Source: Pak Di.net

PENDAPAT 2: DUIT KERTAS ADALAH HARUS

Terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama tentang apakah itu matawang? Adakah hanya emas dan perak sahaja boleh jadi matawang?

Ulama yang menyatakan hanya emas dan perak sahaja adalah matawang adalah Imam Abu Hanifah dan anak muridnya Imam Abu Yusuf, ulama mazhab Maliki seperti Ibn Nafi‘, al-Adawi dan Shaykh ‘Alish, ulama dari Mazhab Shafi’i seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam Suyuti dan Imam Maqrizi, sebahagian ulama 
Mazhab Hanbali dan juga pandangan dari golongan tabi’in seperti Imam Mujahid dan Imam Nakha’i. Ulama semasa yang menyokong pendapat ini adalah Shaykh Ahmad al-Khatib, Shaykh ‘Abd al- Rahman al-Sa‘di, Ibn Badran, Ahmad al-Husayni, Shaykh al-Muti‘I, Shaykh Muhammad Amin al-Shanqiti, Taqi al-Din al-Nabhani, Muhammad Baqir al- Sadr, Muhammad Makhluf, Hassan Ayyub dan Nasir Farid Wasil.

Ulama yang menyatakan matawang tidak terhad kepada emas dan perak adalah Imam Shaybani dari mazhab Hanafi; ulama mazhab Maliki seperti al-Hattab dan al-Wansharisi, sebahagian ulama Shafi’i dan sebahagian ulama Hanbali seperti Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, ulama dari mazhab Zahiri seperti Ibn Hazm, golongan tabi’in seperti Laith ibn Sa’ad dan Al-Zuhri serta kebanyakan ulama semasa seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Taqi Usmani, ‘Abd Allah Sulayman al-Mani’ dan juga Majma’ Fiqh Sedunia yang berpusat di Mekah.

Dua-dua kumpulan ulama’ ini mempunyai sandaran Syariah masing-masing. Antaranya, hujah yang menyatakan zaman Nabi saw hanya ada dinar dan dirham. Namun pada masa yang sama, kaedah fiqh menyatakan selagi mana tidak ada dalil yang mengharam sesuatu perkara, maka ia adalah perkara yang boleh dibuat. Justeru, tidak ada larangan khusus yang menyatakan matawang selain emas dan perak adalah haram.
Ini disebut perbezaan pendapat (khilaf) , dan Nabi saw menerusi hadisnya yang shahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim menyebut:

Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman lalu berijtihad dan betul ijtihadnya nescaya mendapat dua pahala, apabila salah ijtihadnya mendapat satu pahala.
Dalam mendepani situasi banyak pendapat dalam perkara ijtihad ini, Imam Suyuti dalam bukunya al-Ashbah wa an-Nazair menyebut:
JANGAN DIBANTAH HUKUM YANG BERLAKU KHILAF DI KALANGAN ULAMA’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.

Islam ini TETAP PADA PRINSIPNYA SEPERTI PENGHARAMAN RIBA. Ulama sepakat menyatakan dalam matawang ada riba berlaku, justeru ada syarat yang mesti kita patuhi. Mereka cuma tidak sepakat, adakah matawang mesti terhad emas dan perak sahaja?

Maka, dalam mendepani hal ini kita mesti berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang berlaku ini dan PEMERINTAH ADA KUASA UNTUK MENGAMBIL MANA-MANA PENDAPAT YANG ADA.
Memetik kata-kata Ibn Uthaymin, ‘MAZHAB ORANG AWAM ADALAH MAZHAB 

PEMERINTAHNYA.’ Maka, dalam hal ini keputusan Majma’ Fiqh Sedunia yang menerima pendapat ulama dalam ISU MATAWANG TIDAK TERHAD EMAS DAN PERAK telah diguna pakai secara meluas oleh semua negara umat Islam, maka wajiblah kita selaku orang awam mengikut ketetapan ini.
Keputusan Majma’ Fiqh pada 1986 ini juga telah diguna pakai oleh Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2000 dan AAOIFI kini merupakan rujukan fatwa utama dalam urusan muamalat Islam hari ini.

Maka ulama semasa memastikan semua urusan matawang kertas juga tidak berlaku riba, sama ada riba berkait pinjaman dan hutang atau riba berkaitan pertukaran barang ribawi seperti yang berlaku dalam forex, pelaburan emas dan trade-in emas misalnya.

Malah, ULAMA SEMASA JUGA TIDAK MEMBANGKANG USAHA UNTUK MENGEMBALIKAN FUNGSI EMAS DAN PERAK DALAM MATAWANG, asalkan mekanismanya adalah bebas riba.

Apa yang diputuskan oleh Majma’ Fiqh dalam hal ini bukanlah satu ketetapan yang dibuat tanpa sebarang sandaran Syariah. Isu ini dibincangkan oleh ulama kita dari dahulu sampai ke hari ini.
Maka dengan ini kita bersetuju segala urusan matawang (termasuk matawang kertas) perlu ikut cara yang ditetapkan dalam Syariah untuk memastikan bebas dari riba.

Wallahu’alam.

Source: Pak Di.net

PENDAPAT 1: DUIT KERTAS ADALAH HARAM

Salah satu pendapat yang diutarakan tentang hukum penggunaan wang kertas.

Matawang kertas TETAP mempunyai riba, walau mcm mana alasan sekalipun. Duit kertas yang dicetak sebenarnya adalah dipinjamkan kepada orang ramai dengan BUNGA (lending money on interest). Inilah prinsip duit kertas yang ramai tidak mengetahui atau tidak peduli.

Kalau pun duit kertas tidak mempunyai riba, ianya masih juga TIDAK SAH.
Memang wang digunakan sebagai pengukur harga dan sebagai medium yang lebih efisyen,
tetapi wang atau duit sunnah yang sebenarnya mesti mempunyai kesemua ciri-ciri berikut:

1. Barangan/benda yang dijadikan wang hendaklah mempunyai NILAI
2. Nilainya terdapat pada benda itu sendiri (INTRINSIC VALUE)
3. Mempunya jangka hayat yang panjang (shelf-life)
Dalam pelbagai hadis-hadis, komoditi yang dijadikan wang adalah:
1. Emas
2. Perak
3. Makanan asasi seperti kurma, gandum dan sebagainya.

Tidak pernah dalam hadis-hadis ada disebutkan mengenai dengan menggunakan WANG KERTAS.
Kenapa? Sebab wang kertas tiada mempunyai NILAI DALAMNYA (intrinsic value)

Secara logiknya, untuk mengukur harga sesuatu, benda pengukur tersebut mestilah sesuatu yang bernilai.
Satu lagi, bank Islam atau bank konvensional, TETAP HARAM.

Bahkan bank Islam lebih teruk lagi sebab ia menghalalkan apa yang haram.

Sementara bank konvensional mempraktikkan riba secara terbuka, bank Islam mengamalkan riba ‘dari pintu belakang’.

Walau namanya berlainan dan berbunyi Islamik, tetapi prinsipnya tetap mengandungi riba.

Sedarlah, wang kertas bukan termasuk dalam syariat Islam, ini semua ciptaan musuh-musuh Islam di akhir zaman ini.

Penerangan di atas adalah berdasarkan sheikh tersebut dan kalau ada kesilapan pada penjelasannya mohon maaf tetapi yang pasti duit kertas memang haram dan perbankan Islam tiada beza dengan perbankan konvensional.

Source: Pak Di.net