Tuesday 13 September 2011

KESAN BERPEGANG KEPADA PENDAPAT BAHAWA DUIT KERTAS ITU HARAM

Ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.

Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.

Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.

Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).

Sama juga dengan isu perbankan Islam. KALAU BERPEGANG DENGAN PENDAPAT YANG MENYATAKAN MODEL SEMASA PERBANKAN ISLAM INI HARAM, MAKA HARAM LAH MEREKA YANG BERPEGANG DENGAN PENDAPAT TERSEBUT. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

Nota kaki: Pilihan di tangan kita semua. TEPUK DADA, TANYA HATI…..(kalo tak silap, ASB juga ada dua pendapat)

Source: Pak Di.net

No comments:

Post a Comment